KUALA LUMPUR: Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Kes saman itu, berhubung dakwaan Ahmad Zahid meminta bantuan Muhyiddin yang ketika itu perdana menteri untuk menyelesaikan atau menangguhkan perbicaraan kes jenayah dihadapinya.
Menerusi hantaran di akaun Facebook milik Ahmad Zahid dan Muhyiddin, mereka bersetuju dan mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka dan prosiding di mahkamah.
"Ia setelah mempertimbangkan kesan saman fitnah itu kepada umum dan mengambil kira saranan daripada Hakim Mahkamah Tinggi, serta keadaan semasa negara yang perlu diutamakan terutamanya soal kelangsungan kehidupan rakyat," kata mereka dalam hantaran itu.
Ahmad Zahid dan Muhyiddin merakamkan penghargaan kepada hakim Mahkamah Tinggi dan pegawai-pegawai mahkamah yang terlibat dan berharap agar keputusan itu dapat diterima dan dihormati oleh semua pihak dan tidak dijadikan bahan yang boleh menganggu-gugat kesejahteraan serta kestabilan awam dan keyakinan rakyat kepada Institusi Kehakiman Negara.
Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili Ahmad Zahid ketika dihubungi Bernama berkata kedua-dua pihak, memaklumkan persetujuan untuk menyelesaikan kes itu secara baik kepada Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong, semasa pengurusan kes menerusi sidang video hari ini.
Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan perbicaraan kes itu selama 10 hari bermula 16 Okt.
Dalam saman yang difailkan pada 4 April 2022, Ahmad Zahid, 71, mendakwa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada majlis Pentas Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh, Mersing sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-15, di perkarangan Learning Centre Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3 di Mersing pada 16 Feb 2022.
Berdasarkan pernyataan tuntutan itu, Ahmad Zahid mendakwa kenyataan fitnah tersebut antaranya membawa maksud bahawa beliau menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan, meminta pertolongan Muhyiddin untuk mencampuri urusan perbicaraan kes berkenaan dan mengarahkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor.
Sementara itu, Muhyiddin, 76, dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 9 Mei 2022 mendakwa kenyataan beliau bahawa Ahmad Zahid memintanya untuk campur tangan dalam kes jenayah di mahkamah adalah benar dan bukan memfitnah.
Presiden Bersatu itu mendakwa kenyataan dibuat semasa kempen PRN Johor itu merupakan komen adil serta berkepentingan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini. - Gambar fail
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga
Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula bulan ini hingga September.
Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
Zahid nafi tawar individu jawatan Setiausaha Agung parti pada Pemilihan UMNO 2018
Ahmad Zahid berkata dakwaan yang ditimbulkan oleh individu itu, yang kini merupakan seorang pemimpin pembangkang serta dijadikan bahan kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu, adalah tidak benar.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
Malaysia kehilangan seorang lagi permata seni - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Datuk Hail Amir yang meninggal dunia hari ini.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Tahanan rumah Najib: Mahkamah Tinggi tolak permohonan afidavit Tengku Zafrul
Ahli MKT UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal dalam usahanya untuk memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Titah Adendum dalam kes Najib.
Siasatan MB Perlis: 'Bersangka baik dengan SPRM' - Zahid
Ahmad Zahid meminta semua pihak bersangka baik dengan SPRM selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.